Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9

nota sejarah tingkatan5

Assalamualaikum semua.
Disini falif.com ingin kongsikan nota ringkas bagi subjek sejarah bab 9 tingkatan 5 yang bertajuk Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa. Perkongsian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar dalam mengulangkaji nota-nota yang ringkas. Ini merupakan nota ringkas dan padat, teruskan mengikuti falif.com bagi mendapatkan nota yang ringkas dan menarik. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dikongsikan.




BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Dasar-Dasar Luar Malaysia

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

  1. Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970)
    1. Dasar pro-Barat yang antikomunis
    2. Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
    3. Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial
    4. Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis
    5. Malaysia mendapatkan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel
    6. Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956
    7. Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
    8. Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
    9. Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain kerana Malaysia anggota blok sterling, mengharapkan permintaan negara Barat terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai
      peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
    10. Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
    11. Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.
  2. Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak (1972 -1976) & Tun Hussein (1976 – 1981)
    1. Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
    2. Perubahan ini disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di timur
    3. Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
    4. Mengisytiharkan ZOPFAN
    5. Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
    6. Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.

Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad (1981 – 2003)

    • Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi
      penekanan kepentingan ekonomi.
    • Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara
      ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
    • Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan
      menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
    • Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
    • Melalui siri lawatan ini,Malaysia menandatangani perjanjian
      perdagangan dua hala.
    • Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.




Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa

  1. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM):
    1. Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika (1 contoh sahaja)
    2. Dalam Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare, Malaysia mengemukakan cadangan menghapuskan dasar apartied
    3. Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden
    4. Malaysia menjadi ahli Kumpulan 16
    5. Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan ke-13 tahun 2003 yang membincangkan isu Palestin, isu Iraq dan usaha menghidupkan kembali peranan NAM (1 contoh sahaja).
    6. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan penyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
  2. Negara-Negara Selatan:
    1. Suruhanjaya Selatan-Selatan(3S) merupakan idea Dr. Mahathir
      Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe.Dikenali
      juga negara Dunia Ketiga
    2. Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada tahun 1989.
    3. Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990
    4. Projek 3S iaitu kerjasama dalam bidang sains dan teknologi,
      penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan
      Teknologi Selatan di Kuala Lumpur.
    5. Malaysia terlibat dalam projek lain seperti penubuhan Sistem
      Keistimewaan Perdagangan Global dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan
  3. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC):
    1. Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung yang pertama
    2. Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
    3. Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
    4. OIC Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.
    5. Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan
    6. Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas
    7. Memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam
    8. Menyelesaikan isu Palestin
    9. Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global pada tahun 2002.
    10. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.

 


Nota ringkas ini merupakan usaha daripada falif.com sendiri dalam membantu generasi muda mencari ilmu. Sebahagian besar nota ini juga telah kami dapatkan dari pelbagai sumber seperti blog peribadi, blog akademik, website, Facebook, Scribd, dan pelbagai lagi. Kami di falif.com ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang berkongsi bahan-bahan ini di Internet. Segala jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga segala perkongsian daripada falif.com dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.

Semoga bermanfaat dan semoga terus berjaya!

“It is hard to fail but it is worse never to have tried to succeed” – Theodore Roosevelt

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Waktu Solat

SPM

weeks
-10
-2
days
0
-1
hours
-1
-7
minutes
-3
-1
seconds
-5
-6

PT3

weeks
-10
-4
days
0
-1
hours
-1
-7
minutes
-3
-1
seconds
-5
-6

UPSR

weeks
-10
-7
days
0
-6
hours
-1
-7
minutes
-3
-1
seconds
-5
-6







Categories

Like Facebook Page Kami