Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4

nota sejarah

Assalamualaikum semua.
Disini falif.com ingin kongsikan nota ringkas bagi subjek sejarah bab 4 tingkatan 5 yang bertajuk Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia. Perkongsian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar dalam mengulangkaji nota-nota yang ringkas. Ini merupakan nota ringkas dan padat, teruskan mengikuti falif.com bagi mendapatkan nota yang ringkas dan menarik. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dikongsikan.




BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

  1. Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
    1. Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah
      Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar
    2. Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan Raja dan rakyat
    3. Perpaduan mereka dapat mengatasi pihak yang menyokong Malayan Union
    4. Keupayaan orang Melayu memujuk British
    5. Orang Melayu mendesak British menghidupkan semula dasar
      perlindungan terhadap orang Melayu
    6. Desakan ini meyakinkan British membatalkan Malayan Union
    7. Sokongan bekas pegawai tinggi British mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham dan Sir Cecil Clementi
    8. Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac
    9. Donald dan L.D. Gammans menggantikan Malayan Union
    10. Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan menulis dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu
    11. Mereka juga tidak menentang secara kekerasan (tidak mengangkat senjata)
    12. British tertarik dengan cara UMNO
    13. Orang Melayu melalui UMNO tidak menuntut kemerdekaan tetapi hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union
    14. British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS
    15. Piagam Atlantik 1945 meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan
  2. Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
    1. Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union
    2. British menubuhkan Jawatankuasa Ekskutif
    3. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu
    4. Jawatankuasa Ekskutif mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur
    5. Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam rundingan dengan British
      1. Tuntutan itu ialah menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
      2. Menolak kerakyatan terbuka
      3. Meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
      4. Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu perlu diakui semula
    6. Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu
    7. Golongan radikal Melayu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy
    8. Mereka berpendapat Jawatankuasa Ekskutif tidak mewakili semua kaum
    9. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh
    10. Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO
    11. Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok
    12. Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat
    13. British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
    14. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948
  3. Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu
    melalui Perlembagaan Rakyat

    1. Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
    2. Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
    3. Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
    4. Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
    5. Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
    6. Kerakyatan yang sama rata
    7. Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
    8. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
    9. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu
    10. Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu
  4. Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
    1. Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
    2. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
    3. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
    4. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
    5. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
    6. Syarat kerakyatan diperketatkan.
    7. Kerakyatan jus soli hanya untuk Rakyat Raja Melayu dan Rakyat British sahaja
    8. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu
    9. Institusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas
  5. Ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948
    1. Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi di peringkat pusat
    2. Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Persekutuan
    3. Sultan menjadi ketua negeri
    4. Sultan berkuasa melantik Menteri Besar
    5. Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
    6. Menteri Besar dibantu oleh Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis
      Perundangan Negeri
  6. Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
    1. Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas pentadbiran negara selepasnya
    2. Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya
      Tinggi pada peringkat pusat
    3. Bidang kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu dipulihkan
    4. Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa
      melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
    5. Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat
      dengan kerajaan negeri
    6. Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
    7. Syarat kerakyatan diperketatkan
    8. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
    9. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan
      kedudukannya jelas dalam pentadbiran
    10. Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri
    11. Penerusan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu
    12. Status quo Negeri-Negeri Melayu dilindungi
    13. Agama Islam dan adat istiadat Melayu teras ketuanan bangsa Melayu
    14. Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu menjadi undang-undang bertulis
    15. Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu
  7. Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu & Peranannya




Raja-Raja Melayu

  • Sultan Badlishah(Kedah)
  • Sultan Abdul Aziz(Perak)
  • Sultan Ibrahim(Johor)
  • Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941
  • Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga
    patut dikekalkan
  • Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka, perlindungan terhadap orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara

Pembesar Tempatan

  • Dato’ Onn Jaafar(Menteri Besar Johor & Yang Dipertua UMNO)
  • Dato’ Nik Ahmed Kamil(Menteri Besar Kelantan)
  • Mereka bertindak sebagai penasihat kepada raja
  • Bersama-sama mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Bersama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British
    melindungi kepentingan orang Melayu beserta Raja-Raja Melayu
  • Kerjasama mereka membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran,
    agama Islam dan bahasa Melayu serta pengekalan institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948

 


Nota ringkas ini merupakan usaha daripada falif.com sendiri dalam membantu generasi muda mencari ilmu. Sebahagian besar nota ini juga telah kami dapatkan dari pelbagai sumber seperti blog peribadi, blog akademik, website, Facebook, Scribd, dan pelbagai lagi. Kami di falif.com ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang berkongsi bahan-bahan ini di Internet. Segala jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga segala perkongsian daripada falif.com dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.

Semoga bermanfaat dan semoga terus berjaya!

“Education is simply the soul of a society as it passes from one generation to another. ” – G.K. Chesterton

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Waktu Solat

SPM

weeks
-10
-2
days
0
-1
hours
-1
-7
minutes
-4
-2
seconds
-5
-2

PT3

weeks
-10
-4
days
0
-1
hours
-1
-7
minutes
-4
-2
seconds
-5
-2

UPSR

weeks
-10
-7
days
0
-6
hours
-1
-7
minutes
-4
-2
seconds
-5
-2







Categories

Like Facebook Page Kami