Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

nota sejarah

Assalamualaikum semua.
Disini falif.com ingin kongsikan nota ringkas bagi subjek sejarah bab 1 tingkatan 5 yang bertajuk Dasar Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara. Perkongsian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar dalam mengulangkaji nota-nota yang ringkas. Ini merupakan nota ringkas dan padat, teruskan mengikuti falif.com bagi mendapatkan nota yang ringkas dan menarik. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dikongsikan.


BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

  1. Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara
    • Kuasa barat menubuhkan kerajaan pusat
    • Barat melantik Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
    • Mereka melaksanakan pentadbiran melalui biro(jabatan)
    • Pegawai barat dilantik sebagai ketua biro
    • Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
  2. Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.
    • Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
    • Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
    • Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
    • Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
    • Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda
  3. Maksud Sistem Encomienda
    • Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan
    • Pemerintahnya diketuai encomiendero
  4. Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.
    • Menjaga keamanan
    • Mengutip cukai
    • Mengkristiankan penduduk barangay
  5. Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina.
    • Mengenakan cukai yang tinggi
    • Mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk




Perubahan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia.

  1. Pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan tempatan
  2. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
  3. Pentadbiran tempatan diketuai dikendalikan oleh pembesar tempatan
  4. Pentadbiran tempatan menjalankan tugas dengan pengawasan pegawai Belanda
  5. Belanda menubuhkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian
  6. Belanda menubuhkan dewan tempatan
  7. Dewan tempatan berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda
  8. Dewan tempatan tiada kuasa perundangan
  9. Belanda menubuhkan Volksraad
    • Volksraad merupakan majlis rakyat

Bentuk sistem pemerintahan di Burma sebelum kedatangan British

    1. Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung
    2. Pemerintahan dan pentadbiran diketuai oleh raja
    3. Raja dibantu oleh Hluttaw(majlis diraja) dan Wun(pegawai tinggi kerajaan)
    4. Myothugyi menjadi ketua Bandar
    5. Ahmudan menjadi pegawai diraja
    6. Athi merupakan pembesar-pembesar tradisional
    7. Raja menjadi penaung kepada sami Buddha.

Perubahan pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Burma.

  1. menamatkan pemerintahan Dinasti Kounbaung
  1. Institusi raja tersingkir
  2. British menghapuskan jawatan pembesar tempatan diperingkat pusat
  3. British melantik pesuruhjaya tinggi menjadi pemerintah di Burma
  4. British memperkenalkan sistem undang-undang Barat
  5. British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma
  6. Btitish melenyapkan system pentadbiran tradisional Burma
  7. Pentadbiran daerah diambil alih olh Myo-ok (pegawai bandaran)
  8. British menghapuskan fungsi raja sebagai penaung agama Buddha
  9. British meletakkan undang-undang Barat sebagai penaung agama
  10. British memperkenalkan majlis Perundangan
  11. Beberapa jabatan ditubuhkan seperti jabatan perhutanan,kesihatan dan pelajaran.

Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis.

  1. Ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat
  2. Pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak
  3. Raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan
  4. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin
  5. Pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China.
  6. Pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China

Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina.

  1. Pentadbiran diketuai leh Gabenor Jeneral
  2. Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
  3. Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan
  4. Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah
  5. Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise
  6. Kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi
  7. Kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan
  8. Kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina.

  1. Union Indochinoise merupakan Persekutaun Indochina
  2. Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja
  3. Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904
  4. Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral
  5. Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.

Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand.

  1. Melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan
  2. Penasihat barat digubakan untuk melatih pegawai tempatan
  3. Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis
  4. Penasihat Amerika dalam jabatan kastam
  5. Penasihat Perancis dalam ketenteraan

Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn di Thailand.

  1. Memperkenalkan majlis Penasihat rendah,majlis mesyuarat tinggi dan kabinet menteri
  2. Melantik juruaudit dari Britain
  3. Pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidikan
  4. Memperkenalkan system raja berperlembagan menggantikan raja mutlak
  5. Pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.




 

Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara.

  1. Penunuhan Kerajaan Pusat
  2. Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan
  3. Pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi
  4. Pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan
  5. Terhapusnya institusi raja
  6. Raja kehilangan kuasa
  7. Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus
  8. Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro
  9. Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro
  10. Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain
  11. Pengenalan sistem undang-undang Barat
  12. Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat
  13. Rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka
  14. British memperkenalkan sistem kehakiman barat
  15. Raja menerima penasihat Barat
  16. Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen
  17. Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu
  18. Pembesar tempatan hilang pengaruh
  19. Pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.

Nota ringkas ini merupakan usaha daripada falif.com sendiri dalam membantu generasi muda mencari ilmu. Sebahagian besar nota ini juga telah kami dapatkan dari pelbagai sumber seperti blog peribadi, blog akademik, website, Facebook, Scribd, dan pelbagai lagi. Kami di falif.com ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang berkongsi bahan-bahan ini di Internet. Segala jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga segala perkongsian daripada falif.com dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.

Semoga bermanfaat dan semoga terus berjaya!

“Education’s purpose is to replace an empty mind with an open one.” – Malcolm S. Forbes

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Waktu Solat

SPM

weeks
-10
-2
days
0
-2
hours
0
-1
minutes
0
-2
seconds
0
-1

PT3

weeks
-10
-4
days
0
-2
hours
0
-1
minutes
0
-2
seconds
0
-1

UPSR

weeks
-10
-7
days
0
0
hours
0
-1
minutes
0
-2
seconds
0
-1







Categories

Like Facebook Page Kami