Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9

nota sejarah spm

Assalamualaikum semua.
Disini falif.com ingin kongsikan nota ringkas bagi subjek sejarah bab 9 tingkatan 4 yang bertajuk Perkembangan di Eropah. Perkongsian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar dalam mengulangkaji nota-nota yang ringkas. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dikongsikan.


BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

Perubahan Masyarakat Dan Budaya Eropah

Maksud zaman gelap

 

Mundur – balik kebelakang. Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom,masyarakat dalam keadaan mundur,merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.
Merosot kualiti hidup Mengalami kemerosotan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.

 




Ciri-ciri kehidupan pada Zaman Gelap.

 

Tiada Pentadbiran pusat Tiada pentadbiran pusat yang berkesan. Yang mengawal tingkah laku rakyat dan pembesar.
Pusat hilang kuasa Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
Wujud Baron – kuasai tanah Kemunculan golongan baron (tuan rumah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
Perlindungan Baron Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
Wujud perhambaan Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
Perlindungan Raja utk Baron Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
Ikatan hubungan rakyat – tuan tanah – Raja Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah.
Kelembapan ilmu Kelembapan ilmu pengetahuan
Gereja berkuasa miliki harta Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
Fokus Akhirat Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.
Kongkongan Gereja Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
Gangguan orang gasar Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar.
Kegagalan bersaing dengan org Islam. Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang islam di Mediterranean.
Tumpuan Pertanian shj. Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
Amalan Sistem Barter. Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana penggunaan matawang terhad.

 

Ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu tradisional.

 

Raja penaung Sistem secara mutlak. Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak.
Ikatan hubungan Raja – Pembesar – Rakyat Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja manakala golongan pembesar mendapatkan naungan daripada pihak istana dan dianugerahkan tanah.
Pembesar kutip Cukai Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka dengan mengerjakan tanah.Hasil cukai dikutip untuk diserahkan kepada raja.
Kerahan tenaga Pembesar melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan membina istana.
Wujud Perhambaan Rakyat jadi hamba kerana gagal bayar hutang/cukai.

Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah.

 

Penyatuan oleh Gereja Gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan.
Perubahan Ekonomi Perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk.
Tingkat Pertanian      Peningkatan dalam aktiviti pertanian.
Wujud perdagangan Kemunculan kegiatan perdagangan yang maju.
Muncul Bandar besar Kemunculan bandar-bandar seperti Venice,Milan dan Florest di Itali.
Kelas Pertengahan. Melahirkan kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan,pedagang,dan ahli perbankan.
Status berasaskan kekayaan bukan kuasa/tanah. Status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.
Penglibatan Rakyat dalam politik. Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik.
Parlimen suara rakyat. Rakyat dapat menuntut hak menerusi institusi parlimen yang diwujudkan.
Hak politik rakyat. Perubahan ini memeberikan hak politik kepada rakyat.
Hubungan rakyat – kerajaan. Menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

Zaman Renaissance

Maksud Renaissance

 

Kelahiran semula Berasal daripada perkataan Itali,renisciment yang bermaksud “kelahiran semula” merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.

Tokoh Humanisme.

  1. Francisco Petrarch
  2. Niccolo Machiavelli
  3. Giovanni Bocaccio

 

Sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali.

 

Lahir pemkiran Humanisme Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan  manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.
Bapa Humanisme Melahirkan bapa humanisme iaitu Francesco Petrach,Niccolo Machiavelli dan Govanni Bocaccio.
Penerokaan dan Inkuiri Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.
Muncul Bandar Besar Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat antarabangsa seperti Venice,Genoa,Florence,Rom dan Milan.
Kedudukan Strategik Pertembungan budaya,bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi Laut Mediterranean.
Pelabuhan perdagangan Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan perdagangan antarabangsa.
Tumpuan seniman dan ilmuan. Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
Penaung ilmu Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis,ahli muzik,saintis dan penulis.Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence.
Persaingan dapatkan ilmu oleh patron. Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.
Kunjungan dan lawatan Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali.
Peranan Paus sebagai patron. Paus di Rom menjadi penaung/patron kepada para seniman dan cendekiwan.
Perlihat bakat Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing.
Bakat dihargai Kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali secara individu iaitu individualisme seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci,Raphael dan Michelangelo.
Perubahan Pendidikan Perubahan konsep pendidikan dengan menggalakkan pembinaan kemahiran dalam aspek intelektual serta fizikal dikalngan individu. Misalnya Leonardo da Vinci dan Michelangelo, selain mejadi pelukis dan pengukir agung, disanjung kerana kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.
Muncul tokoh Renaissance Terdapat tokoh renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah di England, contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More, Francis Bacon, William Shakespeare.

 




 

Sebab permusuhan antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik di Itali. 

 

Cemburui pencapaian bandar Florence Gereja Rom mencemburui pencapaian bandar seperti Florence yang dikuasai keluarga Medici
Nak jadikan Rom cantik Gereja Rom berhasrat menjadikan Rom secantik Florence
Cabaran drp ahli sains & mate Gereja menghadapi masalah kerana khuatir ahli sains dan ahli metematik mencabar pemikiran mereka.
Konflik kes Galileo Galilei Konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.
Berkenaan Pusat alam Galileo Galilei menyatakan matahari sebagai pusat alam manakala gereja menyatakan bumi sebagai pusat alam.
Sains guna akal dan logik. Para saintis logik dalam menekanan kaedah pemerhatian serta penggunaan akal dan logik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam.
Gereja guna tradisi Pihak gereja menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena alam.

Langkah Paus menjadikan Rom sebagai pusat Renaisance di Itali.

 

Tumpuan lukisan dan ukir. Memberi perhatian kepada seni lukis dan seni ukir
Upah pelukis cantikkan Rom. Paus Julius 2 telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo Da Vinci , Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom
Bina Katedral. Membina Katedral St Peter.
Pindah pusat seni. Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.

Sumbangan tokoh zaman Renaissance

Francesci Petrach

Bapa Dikenali Bapa Humanisme
Tubuh pustaka Menubuhkan perpusatakaan kerana minat dalam ilmu
Simpan koleksi agong Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan oleh cendikiawan Islam dan Paderi.
Tulis pemerhatian Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat.
Kaedah penulisan. Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistem pemerhatian.

Niccolo Machiavelli

Tokoh Dikenali tokoh Humanisme
Buku Menghasilkan buku The Prince
Raja kuasa mutlak Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak.
Ditakut rakyat Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat.
Rakyat perlu setia Rakyat perlu memberi taat setia kepada Geraja Katolik.
Nasionalisme Memperkenalkan aliran nasionalisme di Eropah.
Negara Bangsa. Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.

 Leornado da Vinci

 

Seniman, Cendikiawan Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal.
Cantikkan gereja Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.
Terkenal dgan Mona Lisa Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan “Mona Lisa”.
Kembang bakat Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.
Versatil – kuasai banyak ilmu. Seorang Versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina,seni ukir,kejuruteraan,botani,falsafah,geografi dan strategi ketenteraan.
Guna Ikuiri utk jawapan. Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala kejadian alam.
Buku Catatan Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi digerakkan dengan roda.

Kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah.

 

Muncul Monarki baru. Kemunculan monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diasaskan melalui kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
Cukai – Raja kukuh. Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuhkan kedudukan raja menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin kurang.
Negara monaarki baru. Monarki baru ini terdapat di Portugal,Castile dan Aragon (Sepanyol),England,Perancis dan Belanda.
Perdagangan berkembang Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas manakala kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.
Kemajuan ilmu. Kemajuan dalam bidang matematik,geografi,kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
Ilmu moden – keonjektifan. Menekankan ciri-ciri inkuiri ,keobjektifan,eksperimen dan merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi,fizik,kimia dan perubatan.
Emosi dan perubahan pemikiran. Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi atau perasaan yang dicerminkan di dalam muzik,lukisan,dan ukiran yang dihasilkan.
Budaya dan keyakinan diri. Dari segi psikologinya,unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
Perubahan dan pemikiran masy. Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik,saintifik,falsafah,dan metafizik.
Inkuiri dan berani – kejayaan. Pengajaran daripada Zaman Renassance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.

 

Zaman Reformation

Perubahan Melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru.
Gerakan Merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-18 yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

Counter Reformation

Menentang Golongan agama bertindak menentang sesuatu yang baru yang ditimbulkan oleh gerakan Protestan.

Sebab Reformation

Kepincangan gereja. Berlaku kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan.
Amalan tdk selari dengan Bible. Amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka.
Amal gaya hidup bangsawan. Golongan penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.
Penyelewengan gereja. Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences , surat pengampunan bagi penganut Kristian yang melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah.
Mesin cetak – Bible murah. Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dhasilkan masa yang singkat dengan harga yang murah.
Menentang Indulgences Tindakan Martin Luther , Profesor ilmu theologi di Jerman, mula mengambil langkah menentang amalan Indulgences.
Luther mencabar gereja Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya dalam amalan penghidaman dengan mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi.
Bantah dan Protestan. Luther memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud membantah yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Rom Katolik dan golongan paderi.

Kesan Zaman Reformation

 

2 Mazhab Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestan
Pimpinan Gerakan Di Switzerland gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian dipimpin John Calvin.
Perang keagamaan Berlaku perang keagamaan di Perancis dan perang 30 tahun yang melibatkan Sapanyol, jerman, Bohemia, Denmark, dan Sweden.
Kemusnahan masy. Peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan.
Toleransi dan penyebaran . Dalam jangka panjang timbul sikap tolenransi antara pengikut mazhab Kristian untuk mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka.
Cabaran terbuka Kuasa gereja dicabar secara terbuka.
Bebaskan kuasa terhadap monarki. Kuasa gereja terhadap monarki berkurangan disebabkan ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom. Cthnya semasa pemerintahan Raja Henry VIII , raja menjadi ketua kerohanian gereja Protestan Anglican dengan memutuskan hubungan dengan Rom.

 

Penjelajahan Dan Penerokaan

Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15.

  1. portugal
  2. Sepanyol
  3. Belanda
  4. Inggeris

 

Laluan Eropah ke Timur

 

Atlantik Orang Eropah melalui Lautan Atlantik ke Timur.

Sebab-sebab penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar.

 

Barangan Timur Ingin mendapatkan barangan seperti emas,sutera, dan rempah ratus dari Timur.
Galakan Raja Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan galakan menjelajah ke Timur.
Perjanjian tamatkan persaingan. Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan tanah jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol.
Keuntungan dagang empahr. Peragangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah.
Penyebaran kristian. Ingin menyebarkan agama kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gereja di Eropah.
Monarki baru dan galakkan. Kemunculan Monarki Baru di England,Perancis,dan Belanda menggalakan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.
Kebanggaan utk menjajah. Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah sebagai kebanggaan bangsa.

Kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat.

Iktiraf kekuatan Eropah Pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah.
Syarikat Perdagangan Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan dari Eropah hingga ke Carribean,Latin Amerika,Afrika,Indi,Asia Tenggara dan Asia Timur.
Pembekal Barangan kepada Eropah. Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
Kuasai pusat dagangan Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka.
Kayakan negara Eropah Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah.
Jalan Laut dikuasai Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi,Asai Tenggara dan Laut Cina Selatan dikuasai oleh Portugal.
Sebar Kristian Penduduk tempatan menerima agama kristian yang dibawa oleh mubaligh kristian.
Hapus Tamadun Tempatan Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan tamadun Atzec,dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
Hijrah Masyarakat Eropah Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
Eksploitasi Buruh tempatan Para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka.
Petempatan diluar Eropah Petempatan orang Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol.

 

Sikap untuk menerima perubahan bagi mencapai kemajuan melalui Zaman Renaissance hingga zaman penjelajahan dan penerokaan di Eropah.

 

Ilmu Kepentingan penerokaan ilmu pengetahuan.
Inkuiri Semangat inkuiri untuk melakukan perubahan.
Gigih Kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat.
Berani Keberanian menghadapi cabaran tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi semasameneroka lautan serta daratan.

Revolusi Pertanian dan Revolusi Prindustrian

Sistem tanah di Britain

  1. Tanah awam
  2. Tanah milikan persendirian

 

Kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap tuan tanah yang kaya.

 

Meluas Tuan tanah memiliki tanah yang luas.
Bentuk ladang Membentuk ladang pertanian.
Beli tanh Golongan tuan tanah dapat membeli tanah awam.
Tanah dipagar Semua tanah milik tuan tanah dapat dipagar.

Kesan Akta Pemagaran tanah terhadap petani-petani kecil

 

Kemampuan Petani kecil tidak mampu memagari tanah.
Kos tinggi Kos untuk memagar tanah tinggi.
Jual tanah Petani terpaksa menjual tanah.
Kerja ladang Terpksa bekerja di ladang milik tun tanah yang kaya.
Buruh kilang – bandar Berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.
Hilang rezeki Petani kecil yang bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki.

 

Sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain.

 

Milik tanah dapat kelulusan – pagar Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam bagi membolehkan penanaman secara ladang.
Pertambahan penduduk Britain menghadapi pertambahan penduduk,menyebabkan permintaan hasil pertanian meningkat dan menyebabkan harga gandum meningkat.
Tanaman bergilir Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend dengan menanam pelbagai jenis tanaman secara berterusan sepanjang tahun.
Kesuburan tanah dijaga. Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman berbeza memerlukan nutrien yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan kosong.
Tanaman baru. Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.
Jentera pertanian Terdapat alat yang dicipta olh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal serta penanaman biji benih dapat dilakukan dengan pantas.
Baja asli Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian meningkat.
Pemasaran produk – didagangkan. Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran yang meluas.

Kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad ke-18.

 

Punca ekonomi Pertanian menjadi punca ekonomi negara.
Lebihan dieksport Lebihan produk dieksport.
Peladang jadi pedagang Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.
Makanan mencukupi Menyedikan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar.
Tuang tanah – tokoh Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh pentig dalam masyarakat.
Pertanian skala besar Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian membolehkan rakyat bekerja sebagai buruh ladang mewujudkan golongan buruh dan majikan.

Ciptaan baru dan kegunaannya dalam Revolusi Perindustrian.

 

Water Frame

Cipta Dicipta oleh Richard Arkwright pada tahun 1769.
Pintal Alat pemintal benang.
Wap Menggunakan kuasa wap

Spinning Jenny

Cipta Dicipta oleh John Hargreaves pada tahun 1770.
Pintal Alat pemintal benang.
Tangan Menggunakan tangan dapat memintal lapan jurai benang serentak.

Enjin Berkuasa Wap James Watt

Cipta Dicipta oleh James Watt.
Enjin Memperbaiki enjin rekaan Nercomen.
Lombong Untuk melombong arang batu.
Eksport Untuk dieksport.

Faktor mempengaruhi berlaku Revolusi Perindustrian di Britain.

 

Lebihan modal dilabur semula Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian.
Sikap sanggup risiko Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang perindustrian.
Dana diselamatkan – tidak gantung impot. Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri.
Rekaan baru dlm industri. Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan perindustrian.
Arang batu – tenaga Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.
Semangat usahawan. Semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh perindustria Britain.

Perubahan daripada Revolusi Perindustrian di Britain

Pengeluaran secara besar Pengeluaran barangan dihasilkan secara besar-besaran melalui kaedah dan ciptaan mesin bagi menggantikan tenaga manusia.
Pengkususan pengeluaran. Pemoda hanya mengkhusus kepada satu bidang industri untuk mengawal kos yang dapat mendatangkan faedah dan kemahiran dalam bidang tersebut.
Prestasi ditingkatkan. Prestasi barangan dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan.
Pasaran dlm dan luar negeri Produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan diluar negeri.
Teknologi moden –cepat, murah, cekap – luaskan pasaran Penggunaan teknologi enjin berkuasa wap dapat menjimatkan kos pengeluaran menyebabkan setiap barang menjadi murah dan mampu dibeli masyarakat dan dipasarkan secara meluas di pasaran antarabangsa.
Rekaan  dan penemuan Pelbagai mesin direka untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis seperti tenaga wap melalui pembakaran arang batu.
Pengangkutan – bantu kembang industri Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil industri.

Sumbangan enjin berkuasa wap terhadap sistem pengangkutan?

Pacu bot Digunakan untuk memacu bot.
Kenderaan darat Memacu kenderaan di darat.
Lokomatif Lokomatif dipacu dengan enjin berkuasa wap.
Roket Lokomatif roket dapat bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel.
Kereta api Kereta api menggunakan enjin berkuasa wap digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat.
Bantu kembang industri 1875 kereta api berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil industri Dan perkembangannya.

 

Kesan Revolusi Perindusrian di Britain.

 

Industri Ganti pertanian. Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara.
Buruh upah industri Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri  berbanding sebagai buruh pertanian.
Tuan tanah diganti pengusaha kilang. Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.
Dagangan Antarabangsa Lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.
Rekaan  dan penemuan Kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa wap,menyebabkan gerabak boleh dipacu dengan lebih laju.
Gerabak keretapi wap Enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerja kilang.
Pengangkutan moden – Kapal wap Kemunculan sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.
Sistem Kilang Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang tekstil.
Tiada Layanan Peringkat awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.
Pengunnaan Mesin Kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas mesin membuat stoking,renda dan bahan pakaian lain tercipta.
Protes pekerja Pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking dan renda dikenali sebagai Pergerakan Luddite.
Larangan pekerja bergabung. Terdapat Akta Anti penggabungan yang melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.
Hukuman berat Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut,mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.
Buruh Kanak-kanak Kanak-kanak dipaksa bekerja di lombong arang batu.
Masa kerja 10 jam Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.

Tindakan kerajaan mengatasi penindasan pekerja kilang.

 

Wujud Kesatuan dan pindaan undang-undang. Pada tahun 1824,Akta Anti Penggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah diizinkan.
Larangan kanak-kanak bekerja. Pada tahun 1833,Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang kanak-kanak dibawah umur sembilan tahun bekerja sebaliknya diwajibkan ke sekolah.
Masa kerja 9 jam. Had masa bekerja bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi sembilan jam sehari.
Keselamatn terjamin Majikan perlu memastikan  keselamatan para pekerja mereka terjamin.
Buruh kanak-kanak perempuan/wanita dilarang. Pada tahun 1842,Akta Lombong diperkenalkan untuk melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu.
Pekerja wanita  -sepuluh jam Pada tahun 1847,memperkenalkan Akta Sepuluh Jam menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja lebih sepuluh jam sehari.

 

Imperialisme

Penguasaan terhadap negara Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara yang lemah.
Keuntungan politik dan eko. Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.

Faktor mempengaruhi kedatangan penjajahan Barat ke Asia.

Bahan Mentah Kuasa Barat pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak serta berterusan daripada tanah jajahan seperti rempah ratus,emas dan perak.
Luaskan Pasaran Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara mereka.
Revolusi Industri Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan Britain,Jerman,Belanda,Perancis dan Itali menjadi kuasa imperialis untuk cari untung, bahan mentah, pasaran..
Sistem Pengangkutan moden. Revolusi Pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan penciptaan kapal berkuasa wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
Kenaikan Tarif Britain terpaksa mencari pasaran di Asai kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif untuk melindungi industri mereka.
Niat sebar pengaruh. Pihak Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama kristian ke seberang laut.
Lumba Semangat perlumbaan dikalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu status kuasa yang kuat.
Tanggungjawab Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai satu tanggungjawab yang disebut oleh orang Inggeris sebagai “the white man’s burden”,oleh Perancis sebagai “ mission civilisatrice”,oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan oleh Amerika sebagai “the blessing of the Anglo-Saxon protection.

Kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara.

Terima penasihat Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat.
Perundangan ditukar Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat.
Persaing antara kuasa barat. Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan  menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah Melayu,Burma,India,Belanda di Indonesia,Perancis menjajah Indo China dan Amerika menduduki Filipina.
Ekonomi tempatan hapus. Kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan.
Wujud eko.komersial Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain.
Pendidikan diperkenalkan. Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran penjajah.
Buruh imgran. Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.
Demografi dan masyarakat majmuk. Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat membentuk masyarakat majmuk.
Pecah dan perintah. Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
Perpaduan ditanggung pribumi. Tugas untuk meransang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.

 


Nota ringkas ini merupakan usaha daripada falif.com sendiri dalam membantu generasi muda mencari ilmu. Sebahagian besar nota ini juga telah kami dapatkan dari pelbagai sumber seperti blog peribadi, blog akademik, website, Facebook, Scribd, dan pelbagai lagi. Kami di falif.com ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang berkongsi bahan-bahan ini di Internet. Segala jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga segala perkongsian daripada falif.com dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan membantu mereka yang memerlukan.

Semoga bermanfaat dan semoga terus berjaya!

“People don’t care how much you know until they know how much you care” – John C. Maxwell

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Waktu Solat

SPM

weeks
-10
-2
days
0
-2
hours
0
-1
minutes
-2
-3
seconds
-5
-1

PT3

weeks
-10
-4
days
0
-2
hours
0
-1
minutes
-2
-3
seconds
-5
-1

UPSR

weeks
-10
-7
days
0
0
hours
0
-1
minutes
-2
-3
seconds
-5
-1







Categories

Like Facebook Page Kami