Bagaimana Perang Iraq berlaku?

Perkongsian tentang Perang Iraq yang berlaku pada tahun 2003 daripada falif.com.
Dapatkan perkongsian yang menarik dari kami tentang sejarah dan segala informasi yang bermanfaat.
Jangan lupa berkongsi ilmu dengan kawan-kawan 😉 


Pada 2003, Amerika Syarikat, bersama-sama dengan pasukan gabungan terutamanya dari United Kingdom, memulakan perang ke atas Iraq. Selepas letupan berlaku di Baghdad, iaitu ibukota Iraq, Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush mengumumkan didalam siaran televisyen,

“Pada waktu ini, pasukan Amerika dan pasukan gabungan berada pada tahap awal operasi ketenteraan untuk memusnahkan senjata Iraq, membebaskan rakyatnya dan mempertahankan dunia dari bahaya yang serius.”

Presiden Bush dan para penasihatnya membuat pelbagai spekulasi untuk memerangi Iraq termasuklah dengan  menyatakan penguasaan Iraq di bawah diktator Saddam Hussein yang memiliki atau sedang dalam proses membina senjata pemusnah terbesar.



Sasaran pertama, yang dikatakan oleh Bush adalah “kepentingan ketenteraan,” telah melepaskan peluru berpandu Tomahawk dari pengebom pejuang dan kapal perang pejuang AS yang ditempatkan di Teluk Parsi. Sebagai tindak balas terhadap serangan itu, radio Republik Iraq di Baghdad mengumumkan,

“Yang jahat iaitu musuh Allah, tanah air dan kemanusiaan, telah melakukan kebodohan terhadap tanah air dan rakyat kita.”

Walaupun Saddam Hussein telah mengisytiharkan pada awal bulan Mac 2003 bahawa,

“Tidak diragui lagi bahawa orang yang beragama akan menang melawan penceroboh dan keganasan.”

Kemudian dia bersembunyi selepas pencerobohan Amerika, berbicara dengan orangnya hanya melalui audiotape sekali-sekala. Tentera gabungan berjaya menjatuhkan rejimnya dan menawan bandar-bandar besar Iraq hanya dalam masa tiga minggu serta menahan beberapa mangsa. Presiden Bush mengisytiharkan berakhirnya operasi pertempuran utama pada 1 Mei 2003. Walaupun kekalahan tentera konvensional di Iraq, pemberontakan telah diteruskan dengan perang gerila yang sengit di negara ini sejak kemenangan militer diumumkan, mengakibatkan kematian ribuan tentera gabungan dan orang awam serta berlaku pemberontakan.

Setelah pertempuran yang sengit, askar AS mendapati Saddam Hussein bersembunyi di dalam lubang 6 hingga 8 kaki, sembilan kilometer di luar kampungnya, Tikrit. Dia tidak melawan dan tidak cedera semasa penangkapan itu. Seorang askar di tempat kejadian menyifatkannya sebagai,

“Seorang lelaki yang hanya berserah pada nasibnya.”

Hussein ditangkap dan dimulakan perbicaraan kerana melakukan jenayah terhadap rakyatnya, termasuk pembunuhan beramai-ramai, pada bulan Oktober 2005.

Pada bulan Januari 2005, rakyat Iraq telah memilih 275 anggota Majlis Kebangsaan Iraq. Perlembagaan baru untuk negara ini telah disahkan pada bulan Oktober. Pada 6 November 2006, Saddam Hussein didapati bersalah atas jenayah terhadap manusia dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Selepas rayuan yang tidak berjaya, hukuman beliau telah dijatuhkan pada 30 Disember 2006.

Walaubagaimanapun, tiada senjata pemusnah terbesar yang ditemui di Iraq.



Sumber: History.com

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Waktu Solat

SPM

weeks
-6
-9
days
0
-6
hours
0
-6
minutes
-4
-3
seconds
-5
-4

PT3

weeks
-7
-1
days
0
-6
hours
0
-6
minutes
-4
-3
seconds
-5
-4

UPSR

weeks
-7
-5
days
0
-4
hours
0
-6
minutes
-4
-3
seconds
-5
-4







Categories

Like Facebook Page Kami